Isnin, 27 Mac 2017

Kedai makanan halal di Chiang Mai


     Perkara pertama jika saya bercuti keluar negara terutama ke negara yang bukan agama rasminya adalah agama Islam, mestilah menempah hotel yang berdekatan dengan masjid untuk memudahkan saya mencari makanan halal. Begitu juga bila saya ke Chiang Mai. Saya menginap berdekatan Night Bazaar di Chiang Mai. Jika kita berjalan di Night Bazaar hingga berjumpa pintu gerbang yang bertulis Halal Street Hilal Town, di sini terdapat beberapa kedai makanan halal. Terdapat Masjid Hidayatul Islam di kiri lorong ini.






      Pada malam jumaat pula terdapat pasar malam di hadapan Masjid Hidayatul Islam Banhaw di Halal Street ini. Beberapa gerai makanan halal yang diusahakan oleh peniaga muslim, menjual berbagai jenis makanan tempatan.



      Terus berjalan di Night Bazaar, kita akan berjumpa Kalare Night Bazaar. Di sini terdapat Food Center dan ada beberapa gerai makanan halal. Terdapat juga sebuah restoran halal iaitu Babylonian Restaurant di Kalare Night Bazaar ini.









     Gerai makanan halal juga terdapat di Anusarn Night Bazzar. Di sini kedai makan agak bersih dan suasana agak meriah. Harga makanan juga agak sedikit mahal dari kedai makan di Halal Street.










      Berjalan di sekitar Night Bazzar pula akan jumpa banyak gerai yang menjual pancake dan banana roti. Terdapat banyak gerai pancake di sekitar bandar Chiang Mai, terutama di Saturday Market dan Sunday Market yang beroperasi setiap hari sabtu dan ahad dari jam 5:00 petang hingga tengah malam.



 
     Sekiranya kita melawat Wat Phra That di Doi Suthep iaitu wat di atas bukit yang terletak sekitar 40 minit menaiki kenderaan dari bandar Chiang Mai, terdapat deretan kedai yang menjual cenderamata, pakaian, buah-buahan, makanan dan minuman di hadapan Wat tersebut. Terdapat sebuah kedai muslim yang menjual gorengan seperti Popia, Nagget, fishball, sosej dan sebagainya di salah satu gerai di deretan kedai tersebut.


    Jika anda bercadang ke Ang Khang, tanah tinggi yang kaya dengan tanaman buah-buahan, sayuran dan taman bunga yang cantik, memang saya tidak jumpa kedai makanan halal di sana. Namun kami merasai nikmatnya makan keledaek bakar yang manis, jagung bakar yang wangi, buah strawbery dan limau juga mudah didapati sepanjang jalan.





        Saya menginap di salah sebuah guest house di Loy Kroh Road berhampiran Night Bazzar dan di sini juga terdapat sebuah kedai makanan halal.


      Di pusat membeli belah di Center Festival yang merupakan antara shopping kompleks terbesar di Chiang Mai, juga terdapat sebuah "stall" makanan halal di food court. Stall "Mama's Kitchen" menghidangkan makan tempatan seperti nasi putih, tomyam, laksa dan berbagai lagi mengikut selera tempatan.



       Sememangnya Thailand  terkenal dengan makanan yang enak dan menyelerakan. Namun jika sukar menjumpai kedai makanan halal ketika berlibur di Thailand, pelancong muslim masih mudah mendapatkan makanan kerana negara tersebut merupakan negara subur dengan hasil buah-buahan dan harganya pula yang agak murah. Ke mana sahaja kita pergi di Thailand, pasti ada gerai yang menjual buah-buahan.




      Jika ke Thailand jangan lupa mencuba pulut mangga atau "sticky manggo" yang sangat enak dan popular di negara gajah putih itu.



       Selain tempatnya yang menarik dan unik, Chiang Mai juga memikat pelancong dengan makanan dan 'Thai Massagenya' yang mengasyikkan. Saya pasti ke sini lagi. Alhamdullillah dan terima kasih Allah.


Ahad, 19 Mac 2017

Pha Chor Canyon Chiang Mai


       Memang saya amat teringin menjejakkan kaki ke Grand Canyon di US tetapi masih tiada rezeki untuk ke sana, jadi sekiranya saya bercuti ke mana-mana negara yang mempunyai canyon, saya akan mengambil peluang melawati tempat tersebut. Jadi semasa saya bercuti ke Chiang Mai pada awal March 2017, saya mengambil kesempatan untuk ke Pha Chor Canyon di Mae Wang National Park di wilayah Chiang Mai, Thailand.


       Tiada kenderaan awam untuk ke sini dari bandar Chiang Mai. Jadi setibanya saya dan seorang teman ke Chiang Mai dengan menaiki keretapi malam dari Bangkok, kami terus ke Guest House dan setelah berehat sebentar, kami terus ke sini dengan menyewa sebuah motorsikal. Perjalanan ke sini mengambil masa sekitar 1 jam 10 minit berpandukan arah yang ditunjukkan waze. Setelah sejam setengah kami sampai di pintu masuk ke Pha Chor Canyon tetapi pengawal di pintu masuk itu mengatakan jalan ke Pha Chor Canyon sedang di baik pulih dan dia menyuruh kami berpatah balik sekitar 3 kilometer dan mengikuti simpang ke kiri untuk ke pintu masuk kedua Pha Chor Canyon. Akhirnya setelah bertanya di kedai runcit tepi jalan untuk kepastian, kami sampai di pintu masuk kedua Pha Chor Canyon.




       Di pintu masuk kedua kami membayar ticket masuk ke Pha Chor Canyon sebanyak THB 100 seorang dan THB 20 untuk sebuah motorsikal. Kami kemudiannya meneruskan perjalanan sejauh 5 kilometer melalui jalan tanah merah. Jika melalui pintu pertama, kami cuma perlu melalui jarak 3 kilometer sahaja untuk ke Pha Chor Canyon dari pintu masuk, malangnya jalan di sebelah sana sedang dinaik taraf. Akhirnya kami sampai di tapak parking untuk ke Pha Chor Canyon. Terdapat tandas dan sebuah cafe yang menjual makanan ringan dan minuman. Kami rehat dan minum sebentar di cafe sebelum ke Pha Chor Canyon dan dari cafe ke Pha Chor jaraknya cuma 400 meter.



      Dari cafe, kami menuruni tangga dan trek terjaga rapi. Sampai di bawah,kami melalui jalur yang rata. Kami menyusuri jalur tanah merah berpasir sehingga ke tangga naik ke atas yang dibina.




     Setelah mendaki tangga, terdapat pondok untuk berehat dan berteduh. Berjalan sekitar 30 meter dari pondok rehat, kami sampai "view point" dan kami nampak Pha Chor Canyon di bawah.





       Pha Chor Canyon terbentuk dari Sungai Ping yang mengubah haluan alirannya lalu membentuk bukit ratusan atau mungkin ribuan tahun dahulu. Tahun demi tahun, hakisan angin dan hujan berlaku dan bukit tersebut runtuh, lalu terbentuk tebing curam dari pasir berbatu yang menegak. Tebing curam setinggi 30 meter dari pasir batu berwarna merah keperangan tersebut di kelilingi hutan dan pokok.







       Setelah berehat dan merakam gambar kenangan di sini kami kembali ke cafe melalui haluan yang berlainan sehingga ke tangga kerana jalur dari bawah tangga ke canyon dibina sehala. Namun jarak perjalanan masih sama. Mungkin saya akan ke sini lagi jika bercuti ke Chiang Mai di masa akan datang. Terima kasih ALLAH.


Nota:
1- Pha Chor Canyon terletak di Taman Negara Mae Wang National Park di wilayah Chiang Mai.
2- Ticket masuk adalah 100 THB seorang dan motosikal 20 THB sebuah.
3- Trekking berjarak 400 meter dari cafe atau sekitar 15-20 minit berjalan kaki.
4- Tiada kenderaan awam ke sini.
5- Di buka sepanjang tahun.
6- Tiada guide diperlukan untuk kesini.