Jumaat, 16 September 2016

Tempat menarik di Tokyo

      Seharian di Tokyo setelah selesai XPDC Japan 1234, kami habiskan dengan melawat beberapa tempat di bandaraya ini menggunakan pas keretapi 1000 yen "satu hari open ticket" untuk Tokyo Metro dan Toei subway. Kami bermalam di K's House Hostel di Kuramae. Tempat pertama kami pergi adalah Hard Rock Cafe, kerana ada yang membuat koleksi. Terdapat banyak kedai makanan halal (kebab) berdekatan Hard Rock Cafe.





         Kemudian kami ke Tokyo Camii and Turkish Cultural Center. Masjid terbesar di Japan ini terletak tidak jauh dari Stesen Yoyogi Uehara. Masjid yang dibina gaya Turkey ini menyerupai binaan Masjid Biru yang terkenal di Istanbul. Camii dalam bahasa Turkey bermaksud Jamik dalam bahasa Arab. Binaan dan hiasan di masjid ini juga dibawa dari Turkey. Selain tempat beribadah bagi yang beragama Islam, di sini juga kita boleh membeli barangan dan cenderamata buatan dari negara Turkey.








       Setelah itu kami ke Meiji Jingu Shrine, yang merupakan kuil shinto yang didikasikan kepada Kaisar Meiji dan permaisurinya.





        Kemudian kami ke Stesen Shibuya. Semasa kecil saya suka membaca cerita tentang seekor anjing yang setia bernama Hachiko. Berulang kali membacanya pun tidak pernah menjemukan saya. Hachiko adalah seekor anjing yang dipelihara oleh seorang professor bernama Hidesaburo Ueno yang mengajar di Tokyo University. Hachiko lahir pada 10 November 1923. Setiap hari Hachiko akan menghantar tuannya di Stesen Keretapi Shibuya dan waktu petang pula dia akan menunggu tuannya pulang dari kerja. Begitulah rutin Hachiko sehingga pada satu hari di bulan May 1925, tuannya tidak lagi pulang kerana telah meninggal dunia. Hachiko terus menunggu tuannya setiap petang sehingga dijumpai mati pada 8 March 1935 di Stesen Shibuya setelah 10 tahun setia menunggu. Terdapat patung Hachiko di stesen shibuya sebagai mengenang kesetiaan haiwan istemewa ini terhadap tuannya.



Patung Hachiko


       Kami juga menyaksikan "Shibuya Crossing" yang dikatakan persimpangan berjalan kaki tersibuk dunia di Stesen Shibuya ini.
  


      Kemudian kami ke Asakusa, tempat terbaik untuk membeli cenderamata dan buah tangan kerana kita boleh tawar-menawar di sini. Terdapat beratus-ratus kedai yang menjual berbagai barangan di sini menyebabkan Asakusa merupakan tempat mesti lawat jika kita berkunjung ke Tokyo.






      Akhir sekali sebelum pulang, kami ke Tokyo Skytree. Menara tertinggi di Japan ini merupakan menara komunikasi tertinggi di dunia. Dibuka sepanjang tahun dan beroperasi dari jam 8:00 pagi hingga jam 10:00 malam. Tiket menyaksikan pemandangan dari tingkat tertinggi bandaraya Japan ini berharga 3000 yen bagi pelancong asing. Tokyo Skytree juga adalah menara kedua tertinggi di dunia sesudah menara Burj Khalifa di Dubai. Ia siap dibina di ketinggian 634 meter pada 29 February 2012 dan dibuka kepada umum pada May 2012.




       Seharian di Tokyo tidak mencukupi untuk melawat bandaraya mewah dan bersih ini walaupun kami menggunakan perkhimatan pengangkutan yang pantas, selesa dan tepat. Pasti kami ke sini lagi jika dianugerahkan rezeki di masa akan datang. Terima kasih Allah.



Nota:
1- Rakyat Malaysia tidak memerlukan visa untuk melancong di Japan.
2- Jalinan pengangkutan terutama keretapi di bandar Tokyo amat mudah, selesa dan efisien.
3- Melancong di bandar Tokyo amat sesuai bagi yang backpack.



Sabtu, 10 September 2016

Japan 1234 jadual perjalanan

     Sudah lama saya ingin ke Japan, mendaki gunung Fuji dan melihat sendiri kebersihan negara matahari terbit yang selalu diwar-war oleh teman-teman yang pernah berkunjung ke sini. Saya dan teman yang sering mendaki bersama merancang ke sana pada July 2016 dan telah bergabung dengan seorang lagi teman pendaki. Setelah berbincang akhirnya kami sepakat melakukan XPDC Japan 1234. XPDC Japan 1234 ini adalah XPDC 10 hari menawan puncak tertinggi hingga ke empat tinggi di Japan. Kami juga menakluk 2 lagi puncak bonus yang terletak di pertengahan perjalananan pendakian kami. Di bawah ini saya senaraikan jadual perjalanan kami untuk pembaca dan teman-teman yang berkongsi minat sebagai info dan rujukan jika ingin ke sana.

16 Julay 2016.
14:30- Kami berlepas dari Kuala Lumpur ke Haneda Japan. Penerbangan mengambil masa 7 jam.
22:30- Sampai di lapangan terbang Haneda, bermalam di airport sementara menunggu bas pertama ke Kawaguchiko pada pukul 6:55 keesokan paginya.
Tip: Tinggat 5 adalah spot terbaik untuk berehat dan tidur di Airport Haneda.


Hari pertama;
Bertolak menaiki bas dari Airport Haneda ke Kawaguchiko dengan tambang 2470 yen dan mengambil masa 3 jam perjalanan. Simpan barang dan bag di K's House Hostel, bersiar sekitar bandar Kawaguchiko.
19:00- Kami menaiki bas terakhir dari Kawaguchiko ke Stesen 5 dengan tambang 2200 yen pergi pulang.
20:00- Sampai Stesen 5.
21:10- Mula mendaki Gunung Fuji.


Hari kedua;
12:00- Saya sampai di puncak Gunung Fuji.
13:00- Sampai puncak Kengamine iaitu puncak tertinggi Gunung Fuji (3775.6 meter).
13:10- Bergerak ke deretan kedai.
14:00- Mula bergerak turun ke Stesen 5.
19:00- Sampai Stesen 5.
20:00- Menaiki bas terakhir ke Kawaguchiko, cerita lengkap Gunung Fuji klik SINI.



Puncak Kengamine
Hari ketiga;
Kami bersiar di bandar Kawaguchiko dan ke Tasik Kawaguchi.
16:30- Menaiki bas ke Kofu dengan tambang 1470 yen.
17:50- Sampai di Kofu, kami bermalam di Kofu.

Tasik Kawaguchi

Bandar Kofu
Hari keempat;
04:35- Bertolak dari Kofu ke Hirogawara dengan menaiki bas pertama dengan tambang 1950 yen.
06:30- Sampai di Hirogawara, sarapan dan lapor diri di pejabat pendakian.
07:15- Mula mendaki.
13:30- Sampai di Shiraneoike Hut, berkhemah dan bermalam.


Shiraneoike Hut
Hari kelima;
07:30- Mula mendaki Gunung Kitadake.
11:00- Sampai di Kata-Na-Koya Hut, berehat sebentar dan meneruskan pendakian ke puncak  Gunung Kitadake.
12:00- Sampai puncak Kitadake (3193 meter) iaitu puncak kedua tinggi di Japan, cerita lengkap Gunung Kitadake di blog (jalankegunung.blogspot.com).
12:50- Kami meneruskan perjalanan ke puncak Ainodaki. Di pertengahan trek singgah sebentar di puncak Nakashirane.
15:00- Sampai puncak Nakashirine (3055 meter).
16:10- Sampai di puncak Ainodake (3190 meter) iaitu puncak keempat tinggi di Japan.
16:30- Mula trekking pulang.
18:00- Sampai Kitadake Sanso (Kitadake Hut / Villa) bermalam, cerita lengkap gunung Ainodake di blog (jalankegunung.blogspot.com).


Puncak Kitadake

Puncak Nakashirane

Puncak Ainodake
Hari keenam;
07:10- Start trekking turun.
11:00- Sampai Shiraneoike Hut.
11:30- Meneruskan perjalanan turun ke Hirogawara.
14:00- Sampai Hirogawara.
14:30- Menaiki bas pulang ke Kofu dengan tambang 1950 yen.
16:00- Sampai Kofu.
18:05- Menaiki keretapi local ke Matsumoto dengan tambang 1940 yen. Bermalam di Matsumoto.



Hari ketujuh;
05:30- Menaiki bas ke Kamikochi dengan tambang 2450 yen.
07:00- Sampai di Kamikochi, sarapan, simpan bag di loker berbayar.
09:30- Mula trekking ke Dakesawa Hut.
14:30 - Sampai di Dakesawa Hut, berkhemah dan bermalam.



Tapak khemah di Dakesawa Hut
Hari kelapan;
06:15- Mula mendaki ke Gunung Oku Hotaka.
10:00- Sampai simpang Gunung Mea Hotakadake.
12:00- Sampai puncak Gunung Oku Hotaka iaitu puncak ketiga tinggi di Japan.
14:30- Sampai semula di simpang Gunung Mae Hotakadake dan terus mendaki.
15:30- Sampai puncak Mae Hotaka.
18:00- Sampai tapak khemah Dakesawa Hut dan bermalam, cerita penuh Gunung Oku Hotaka di blog (jalankegunung.blogspot.com).





Puncak Mae Hotaka
Hari kesembilan;
06:30- Mula trekking turun ke Kamikochi.
09:30- Sampai di Jambatan Kappa-Bashi, berehat, membeli cenderamata, masak dan makan.
11:50- Menaiki bas ke Matsumoto dengan tambang 2450 yen.
13:15- Sampai Matsumoto, membersihkan diri dan bertolak ke Tokyo menaiki keretapi dengan tambang 5400 yen.
20:00- Sampai di Tokyo dan bermalam di K's house hostel Kuramae, Tokyo.



Hari kesepuluh;
09:00- Bersiar dan melawat sekitar Tokyo dengan pas keretapi 1000 yen untuk satu hari perjalanan. Melawat Tokyo Camii, Hard Rock Cafe, Meiji Shrine, Tugu Hachiko, Shibuya Crossing Road, Asakusa, Tokyo Sky Tree dan kedai outdoor.
22:30- Berangkat pulang ke Kuala Lumpur.      





      Perjalanan di Japan ini kami rancang secara DIY. Ada yang terpaksa diubah mengikut kemampuan diri dan masa. Bagaimanapun ini merupakan perjalanan yang sungguh mengembirakan. Saya pasti datang lagi jika ada rezeki. Terima kasih Allah.

Mendaki gunung di Japan amat saya cadangkan kepada teman dan pembaca yang sukakan kegiatan mendaki kerana:
1- Pemandangan di banjarannya yang indah dan bersih.
2- Tiada bayaran dikenakan kepada pendaki (jimat).
3- Jalur dan trek terjaga dan sangat jelas.
4- Tidak memerlukan guide dan permit (jimat), tetapi perlu lapor diri di pejabat pendakian.
5- Sistem pengangkutan yang baik dan mudah.
6- Terdapat pilihan penginapan untuk pendaki (terpulang bugged samada mahu bermalam di hut atau berkhemah).
7- Tidak perlu booking awal untuk bermalam di hut jika bilangan pendaki kurang dari 10 orang (bergantung jika hut masih ada kekosongan).
8- Penduduk Japan ramah dan suka membantu jika bertanya arah.
9- Terdapat tempat pertanyan di stesen bas dan stesen keretapi yang boleh bertutur dalam bahasa Inggris.
10- Urusan pendakiannya agak mudah dan tak rumit.

PERBELANJAAN: RM1900 (Tidak termasuk ticket kapal terbang)