Rabu, 3 Ogos 2016

Kawaguchiko

     
        Saya bersama 2 orang teman pendaki ke bandar ini pada July 2016 kerana mendaki Gunung  Fuji. Bandar Kawaguchiko yang terletak di kaki Gunung Fuji ini berudara nyaman dan tenang. Bandar ini terletak sekitar 100 kilometer di barat Tokyo. Dari airport Haneda kami menaiki bas ke bandar ini yang mengambil masa sekitar 3 jam dengan tambang 2470 yen. Di  Kawaguchiko Station terdapat pejabat penerangan untuk pelancong. Gunung Fuji pula terletak di belakang Kawaguchiko Station dan ketika cuaca cerah, pelancong boleh melihat gunung tertinggi di jepun ini dengan jelas.



        Kami bermalam di K's House yang  terletak 20 minit berjalan kaki dari Kawaguchiko Station semasa berada di Kawaguchiko. Hostel untuk backpackers ini membolehkan pelancong masak sendiri bagi menjimatkan kos pengembaraan dan masalah mencari makanan halal bagi yang beragama islam.




        Kami juga berkesempatan bersiar-siar di sekitar bandar sebelum mula mendaki gunung. Terdapat juga perkhidmatan bas untuk pelancong bersiar-siar sekitar bandar Kawaguchiko yang terkenal dengan keindahan tasiknya. Pelancong juga boleh menyewa basikal






     Terdapat 5 tasik di kaki Gunung Fuji, iaitu Tasik Yamanaka, Tasik Kawaguchi, Tasik Motosu, Tasik Sai dan Tasik Shoji. Tasik  Kawaguchi merupakan tasik kedua terbesar selepas Tasik Yamanaka dan paling hampir dengan bandar Kawaguchiko. Kami berjalan kaki ke tasik ini sehari selepas turun dari mendaki Gunung Fuji.






      Tasik Kawaguchi termasuk dalam bahagian Taman Nasional Fuji-Hakone-Izu. Tasik ini terkenal sebagai tempat riadah dan memancing. Peralatan memancing dan bot untuk disewa juga disediakan. Di bandar ini juga terdapat sebuah restoran makanan halal berhadapan dengan Tasik Kawaguchi.




   
      Jika kita ke bandar ini, terdetik di hati ingin mendaki Gunung Fuji tetapi tidak membawa peralatan dan pakaian mendaki, terdapat kedai sukan yang menyediakan peralatan dan pakaian mendaki untuk di sewa.


       Setiap tahun, minggu terakhir bulan July diadakan pesta bunga di bandar ini. Saya tidak berpeluang menyaksikan pesta ini kerana kami meneruskan perjalanan ke Kofu untuk mendaki Gunung Kitadake dalam XPDC Japan 1234. Mungkin satu hari nanti saya akan berkunjung lagi ke sini. In Sha Allah.


2 ulasan:

ogg ogn berkata...

Bestnya..terima kasih kju atas info..

Jurimah Ariffin berkata...

terima kasih singgah di blog kju...