Sabtu, 4 Jun 2016

Gunung Trus Madi


         Gunung kedua tertinggi di Malaysia ini boleh didaki dari 3 jalur, iaitu dari jalur Tambunan, Sinua dan dari Apin-Apin. Saya bersama teman-teman yang diketuai oleh Deeno mendaki gunung ini pada March 2011 dari jalur Tambunan. Kami menaiki pancuan 4 roda dari Kota Kinabalu ke Tambunan yang mengambil masa kurang lebih 90 minit.


         Dari Tambunan kami meneruskan perjalanan ke Trasmadi Forest Reserve. Jalan ke Trasmadi Forest Reserve agak teruk kerana jalan tanah merah yang berlumpur jika hujan lebat, dan nasib kami kurang baik kerana kami telah berhujan di pertengahan jalan sebelum sampai ke sini.





         Di pejabat perhutanan ini kami melaporkan diri untuk mendaki gunung Trus Madi dan setelah urusan pendaftaran selesai kami meneruskan perjalanan dengan pancuan 4 roda sehingga ke sebatang sungai di mana terdapat sebuah pondok untuk bermalam. Pondok tersebut terlalu ringkas didirikan untuk bermalam, cuma beratap dan berdinding separas pinggang. Kami berehat dan bermalam di sini. Keesokan paginya, seawal jam 7:00 pagi, pancuan 4 roda menghantar kami sehingga ke pintu masuk trek mendaki gunung Trus Madi. Perjalanan dari pondok ke pintu masuk trek kurang lebih 20 minit menaiki pancuan 4 roda.



       Dari titik permulaan trekking ini ke puncak Trus Madi kurang lebih 4.9 km. Pada pendapat saya trek ke puncak tahap sederhana sukar namun pemandangan amat indah. Tambahan pula terdapat banyak flora dan fiona seperti pokok periuk kera dan orkid liar yang sedang berbunga.










        Kami sampai di puncak gunung Trus Madi kurang lebih pukul 1:00 tengahari. Dari puncak Trus Madi kami dapat melihat Gunung Kinabalu dengan jelas. Kami bergambar di puncak, makan dan berehat kurang lebih 1 jam.





         Setelah puas bergambar kami bergerak turun dan sampai di bawah pada jam 5:00 petang. Setelah semua sampai di bawah, kami meneruskan perjalanan turun menaiki pancuan 4 roda yang sedia menunggu. Kami kemudiannya kembali ke pondok, berkemas dan terus keluar ke bandar Tambunan untuk bermalam. Keesokan paginya, kami meneruskan perjalanan pulang ke Kota Kinabalu. Di pertengahan jalan kami singgah di Banjaran Crocker Gunung Alap untuk merakam gambar.




Nota:
1- Bayaran pendaftaran ke Tras Madi Forest Reserve bagi warga Malaysia adalah Rm 5 dan bagi pelancong asing Rm 15
2- Bayaran permit mendaki gunung Trus Madi bagi warga Malaysia adalah Rm 30 manakala pelancong luar adalah Rm 80.


2 ulasan:

Rizqa4u berkata...

Assalam.bagaimana sy nak dptkan pakej ke gunung trusmadi ye
Terima kasih

Jurimah Ariffin berkata...

saya dulu pergi dengan deeno, tel 012-6294083, atau boleh tanya pakage pada maria tel 016-8435672