Rabu, 25 Mei 2016

Tanah Lot Bali


       Tanah lot merupakan antara lokasi paling popular di Bali, batu berlubang di tengah laut dan pemandangannya yang unik ketika air surut sering menjadi landmark Pulau Bali. Tidak lengkap melancong ke Bali jika tidak mengunjungi pantai ini kata seorang teman kepada saya suatu masa dalu dan setiap kali saya ke Bali, pasti saya datang ke sini. Tanah Lot terletak di Tabanan, kurang lebih 20 km dari Denpasar.


       Tanah Lot merupakan tebing tinggi yang terbentuk jutaan tahun akibat dari hakisan angin dan pasang surut air laut. Terdapat 2 pura di sini iaitu pura di atas tebing dan pura di atas batu besar. Pura-pura ini merupakan tempat pemujaan dewa-dewa penjaga laut.





      Pura ini dibangunkan sekitar kurun ke 15 oleh seorang pengembara brahman iaitu Dang Ghang Niratha yang mengembara dari Pulau Jawa. Selain merupa tempat lawatan yang popular di Bali, Tanah Lot juga merupakan antara spot terbaik menyaksian permandangan matahari terbenam di Bali.






      Tanah Lot mengambil sempena maksud 'Tanah' iaitu tanah dan 'Lot' bermaksud laut. Maka terciptalah tempat unik dan menarik bernama Tanah Lot.




Pura Batu Bolong
         Di sini juga terdapat deretan kedai menjual makanan, cendaramata, pakaian dan sebagainya. Namun keindahan Tanah Lot terpulang pada keadaan cuaca semasa kita mengunjunginya. Jika kita ke sana ketika cuaca bagus dan air laut surut pemandangan yang dihadiahkan kepada kita sememangnya sangat indah dan unik. Terima kasih Allah.



Tiada ulasan: