Rabu, 14 Oktober 2015

Gunung Rinjani Lombok

       Gunung Rinjani merupakan gunung berapi ke dua tertinggi di Indonesia dan tertinggi di Pulau Lombok dan sangat popular di kalangan pendaki tempatan mahupun pendaki luar negara. Termasuk dalam kiraan G7 Indonesia dan memenangi tempat pertama tercantik di hati pendaki.



       Dengan ketinggian 3726 mdpl, kita bisa melihat panorama hebat ciptaan yang Maha Agung. Saya bersama 4 orang teman ke sini pada July 2010. Kami mendaki selama 4 hari 3 malam atas nasihat guide melalui jalur Sembalun Lawang dan mengakhirinya di pintu masuk Senaru.


        Bermula pada pukul 10 pagi, kami mendaki secara santai memandangkan trek agak landai. Di permulaan trek kami melalui kebun sayur-sayuran penduduk kampung, kami kemudiannya melalui hutan savana.

Pintu Sembalun Lawang


          Kami singgah di Pos 1 untuk berehat seketika dan meneruskan perjalanan membelah savana hingga ke Pos 2 untuk makan tengahari. Setelah makan dan berehat kurang lebih 1 jam, kami meneruskan trekking ke Kem Plawangan untuk malam pertama.

Pos 1
Trek savana

Jalur ke Pos 2
         Akhirnya kami sampai di tapak khemah Plawangan kurang lebih pukul 6:00 petang. Selesai makan malam kami berehat dan tidur dalam cuaca yang amat sejuk.

Puncak Rinjani dari Plawangan

Kem Plawangan
        Kami meneruskan pendakian ke puncak Rinjani awal pagi hari kedua pada pukul 2:30 pagi untuk melihat sunrise. Namun saya bergerak lambat kerana jalur pasir yang mengelonsor. Trek ke puncak dikenali sebagai trek "3 in 1" yang bermaksud 3 langkah ke atas akan mengelunsur 1 langkah ke bawah.



        Saya sampai ke puncak Rinjani pada pukul 7:40 pagi. Pemandangan Danau Segara Anak jelas kelihatan dari puncak dan sungguh mengujakan. Kami merakam gambar kenangan di tempat tertinggi di Pulau Lombok dan meneruskan perjalanan turun kurang lebih 40 minit kemudian.





          Sampai di Plawangan, makan tengahari telah tersedia dan selesai makan kami bersiap sedia untuk turun ke Danau Segara Anak secara santai. Kami sampai di tapak khemah Danau Segara Anak kurang lebih pada pukul 4:00 petang. Kami kemudian dibawa mandi di air panas yang berada tidak berapa jauh dari tapak khemah.



        Keesokan paginya kami bergerak agak lewat kerana tempat bermalam untuk malam ke 3 ini tidak berapa jauh. Dari Danau Segara Anak kami terpaksa mendaki tebing tinggi untuk trek ke jalur Senaru. Memang penat mendaki tebing tinggi ini tambahan pula terdapat banyak najis di serata tempat yang amat meloyakan, namun pemandangan sangat indah sehingga tidak dapat diceritakan.

Bersama pendaki anak tempatan di Danau Segara Anak


Gunung baru atau pun Barujari di tengah Danau Sagara Anak.
         Sampai di atas tebing tinggi, kami meneruskan trekking melalui jalur savana hingga ke hutan Senaru tempat kami berkhemah untuk malam ke 3, trek menurun dan agak santai.


Pokok Edelweiss
        Di pertengahan jalan kami singgah di pos 2 untuk makan tengahari dan kemudian kami meneruskan perjalanan ke pos 1 untuk bermalam. Keesokan paginya kami bergerak turun pada pukul 8.00 pagi dan sampai di pintu masuk hutan Senaru pukul 10.00 pagi.

Bersama guide dan porter


        Setelah berihat dan minum di kedai makan yang terdapat di pintu masuk Senaru, kami bergerak turun ke tempat kenderaan menunggu. Di sini terdapat air terjun Sendang Gila yang cantik untuk bermandi-manda.




Nota:
1- Takrif permit untuk mendaki ke Gunung Rinjani telah dinaikan pada 2014. (sila check    dengan pihak Taman Negara Rinjani untuk takrif harga terbaru).
2- Gunung ini dicadangkan didaki 3 hari 2 malam.(terpulang kepada kemampuan pendaki)
3- Dicadangkan mendaki dari jalur Sembalum Lawang kerana jalur ini lebih landai.
4- Membawa kelengkapan mendaki seperti headlamp, raincoart, baju sejuk dan lain-lain keperluan peribadi.
5- Bateri spare, crime muka, vitamin, ubat dan coklat.

     




Rabu, 7 Oktober 2015

Gunung Qilai Main dan North Peak


      Gunung Qilai terletak di Taroko National Park, Taiwan yang berjarak perjalanan dari Taipei menaiki van kurang lebih 3 jam setengah. Terdapat 3 puncak di gunung Qilai iaitu Qilai Peak (Qilai Main) 3560 meter, Qilai North Peak 3605 meter dan Qilai South peak 3358 meter. Kedudukan puncak Qilai Main dan Qilai North agak berdekatan manakala puncak South agak berasingan.


       Saya dan 11 teman pendaki telah mendaki 2 puncak Gunung Qilai pada June 2013. Perjalanan bermula dari airport Taipei dengan menaiki 2 buah van yang telah disewa. Pemandu van membawa kami ke "starting point" Gunung Qilai di Taman Negara Taroko. Kami sampai di sini lewat tengah malam, rehat dan tidur di dalam van sementara menunggu matahari terbit.

Matahari terbit jam 5 pagi di sini.

Starting poing Gunung Qilai.

Jalur dari pandangan starting point.
         Di sini matahari terbit jam 5:00 pagi dan setelah bersarapan, kami memulakan trekking ke puncak Gunung Qilai. Perjalanaan awal kami menurun memandangkan starting trekking terletak di atas kerana jalan raya di Taman Negara Taroko dibina di atas banjaran. Kami ke sini pada bulan June yang kebetulan musim bunga di Taiwan, maka trekking di sini terasa agak santai kerana gunung dipenuhi pokok-pokok yang sedang berbunga.





       Setelah trekking hampir 45 minit, kami sampai di Black Pond Cabin. Jarang pendaki bermalam di sini walaupun terdapat kemudahan tandas dan pondok untuk bermalam, mungkin kerana jaraknya yang hampir dengan "headtrill".

Bergambar di hadapan Black Pond Cabin.
         Setelah berehat selama 15 minit, kami meneruskan perjalanan ke Chenggong Cabin 2600 mdpl. Cabin 2 tingkat ini boleh memuatkan sekitar 30 orang pendaki dan dilengkapi dengan dapur, tandas dan sungai sebagai punca air terletak hampir dengan cabin.

Chenggong Cabin
     
Lantai cabin yang bagus tetapi sejuk.
         Jika pakage mendaki gunung Qilai selama 3 hari, di sinilah pendaki akan bermalam, namun kami melakukan trekking ini 2 hari 1 malam. Setelah berehat dan makan tengahari di sini, kami meneruskan perjalanan ke Qilai Cabin untuk bermalam. Sampai di satu simpang, di mana terdapat 2 trek yang menghala ke Qilai Cabin, Apip sebagai ketua kumpulan yang merangkap tugas sebagai guide memilih trek simpang ke kanan untuk ke Qilai Cabin. Perjalanan dari Changgong Cabin ke Qilai Cabin agak berbahaya kerana kami melalui trek yang berbatu rapuh di sesetengah jalur. Trek agak curam dan kami mendaki dalam keadaan berkabus dan sejuk kerana hujan.



Qilai Cabin
       Akhirnya kami sampai ke Qilai Cabin yang boleh memuatkan pendaki seramai 8-12 orang. Cuaca amat sejuk di sini. Keesokannya paginya sesudah sarapan, kami meneruskan perjalanan ke puncak Qilai yang berjarak kurang lebih 3 kilometer dari Qilai Cabin. Trek yang landai dan gunung yang ditutupi pokok buluh renek setinggi lutut ke peha ini amat menceriakan suasana dan mengindahkan lagi alam ciptaan Maha Pencipta ini.

Trek landai dari Qilai Cabin

Pokok buluh renek menyelaputi pergunungan.


Jalur jelas dan tali di pasang sebagai penunjuk.

Tali dipasang di kawasan agak berbahaya di sepanjang trek.

Meneguk rezki dari Allah di pasak bumi.

Batu yang berkeping-keping di atas trek.
        Kami trekking secara santai menuju puncak Main Qilai. Suasana pagi itu amat damai dan kami merakam gambar dari berbagai sudut dan berbagai gaya juga. Trek jelas dan terbuka menghidangkan panorama indah 360 darjah melintasi trek padang buluh renek separas lutut ke peha.

Jalur yang indah lagi mendamaikan.

Biar photo yang mengambarkan.
 


       Setelah melalui trek yang agak rata dan terbuka sekian lama, akhirnya kami mendaki trek yang pacak menuju titik terakhir Gunung Qilai. Dengan memerah sedikit keringat akhirnya kami sampai di salah satu puncak Gunung qilai iaitu puncak Main Qilai 3560 mdpl.




Puncak Qilai 3560 meter
       Setelah merakam gambar dari berbagai gaya di puncak Qilai, kami turun ke Qilai Cabin, mengemas barang dan bergerak ke Qilai North Peak pula. Jarak di antara dua puncak ini adalah 4.5 kilometer. Setelah makan dan bersedia, kami mula bergerak dari Qilai Cabin ke Qilai North Peak pukul 10:00 pagi. Jarak Qilai Cabin ke puncak Qilai North kurang lebih 1.5 kilometer. Di pertengahan simpang ke puncak Qilai North Peak kami meninggalkan barang untuk "daypack" ke puncak.

Menyimpan barang yang ditinggalkan untuk ke puncak.


        Setelah menyimpan barang yang tidak diperlukan ke puncak, kami meneruskan pendakian dalam suasana yang kadang kala berkabus nipis. Dari kejauhan sekali sekala kami dapat melihat puncak Qilai North Peak yang menunggu kedatangan kami.

Trek ke puncak Qilai North Peak

Puncak di belakang adalah puncak Qilai North.

Sesekali kabus menutupi puncak.

Trek pacak ke puncak.
       Trek ke puncak Qilai North agak berbahaya dan pacak, kami mendaki menggunakan tali dan kekuatan kaki amat penting memainkan peranan untuk mengimbangkan badan. Tambahan pula batu-batunya agak rapuh dan mengelonsor, menambahkan rasa gayat di hati pendaki. Patutlah gunung Qilai di kenali sebagai "most dangerous mountain in area Taiwan" dan ramai pendaki yang jatuh terkorban.


Terdapat teman pendaki yang masih di bawah.



Mengintai permandangan di bawah.
       Setelah merakam gambar kenangan di puncak Qilai North Peak, kami turun semula ke simpang tempat kami meninggalkan beg. Setelah semua sampai dan berehat sebentar, kami meneruskan perjalanan turun melalui jalur satu lagi sehingga sampai di simpang semalam. Jalur turun ini lebih bahaya dari jalur yang kami pilih masa mendaki semalam kerana lebih curam walaupun tali disediakan untuk pendaki turun dan mendaki naik.

Turun dari puncak yang agak berbahaya.

Mengambil barang yang di tinggalkan dan meneruskan perjalanan turun.

Simpang dilema, Apip pendaki berpengalaman membuat keputusan yang tepat di sini.





      Setelah turun mengikut jalur ini baru saya benar-benar bersetuju dan paham mengapa gunung Qilai diumpamakan "the most dangerous mountain in area taiwan". Terimakasih Allah.


Nota:
1- Mendaki Gunung Qilai memerlukan permit dari Taman Negara Taroko.
2- Tidak memerlukan guide tetapi mendaki bersama pendaki berpengalaman amat penting.
3- Biasa di lakukan 3 hari 2 malam tetapi agak santai.
4- Rakyat Malaysia tidak memerlukan visa untuk ke Taiwan.
5- Trek agak merbahaya di sesetengah jalur.
6- Penanda trek amat jelas dan tali dipasang di sepanjang trek.
7- Pemandangan tidak pernah mengecewakan dan pilihlah masa yang sesuai dengan selera.
8- Contact guide Apip embi tel no:013-3508508