Khamis, 20 Ogos 2015

Royal Chitwan National Park

        Saya bersama 3 orang kawan ke Taman Negara Chitwan ini pada tahun 2007. Lebih dikenali sebagai Royal Chitwan National Park, merupakan Taman Negara pertama di Nepal. Bandar terdekat Taman Negara Chitwan ialah Bharatpur yang berjarak kurang lebih 10 km.


        Trip ini bermula dari Pokkara setelah selesai trekking ke Poon Hill. Sebelum ke taman negara ini kami singgah di Sungai Trisuli untuk mencuba aktiviti rafting yang popular di sungai ini. Kami mengambil bas awal pada pukul 7:00 pagi dari bandar Pokkara dan sampai di starting point rafting kurang lebih pada pukul 10:00 pagi. Pemandu bas menurunkan kami di starting point rafting setelah diberitahu oleh agen tour agency semasa kami menaiki bas. Di perhentian bas, kami telah di jemput oleh guide rafting. Kami mencuba rafting di Sungai Trisuli yang terkenal ini sebagai memenuhi agenda ke Nepal. Sebenarnya rafting bukanlah activity yang saya sukai, tapi saya dan teman mencuba sekadar ingin merasai sendiri kelasakan sukan air ini sambil menambah pengalaman. Setelah mendengar taklimat dari Guide rafting dan menukar pakaian, kami memulakan rafting di Sungai Trisuli ini. Aktivity ini mengambil masa kurang lebih 4 jam dan airnya sangat sejuk.




Bergambar bersama pelancong Sweden.
       Untuk menjimatkan kos, kami telah bergabung dengan 2 pelancong wanita dari Sweden dan Amarica semasa rafting ini. Setelah selesai rafting dan makan, kami meneruskan perjalanan ke Taman Negara Chitwan dengan menaiki bas. Perjalanan menaiki bas tempatan yang bersesak-sesak dan berhenti-henti ini mengambil masa kurang lebih 2 jam. Kami sampai di perhentian bas kurang lebih pada pukul 6:00 petang. Kami telah dijemput oleh Raju, iaitu guide di Taman Negara Chitwan. Kami kemudiannya menaiki jeep sekitar 30 minit untuk ke Taman Negara Chitwan. Setelah 'check in' di Hotel Chitwan Paradise, kami makan malam dan berbincang dengan Raju tentang pakage kami di taman negara, kemudian kami terus tidur kerana keletihan. Keesokan paginya kami memenuhi jadual di taman negara dengan aktivity yang telah kami susun semasa mengambil pakage ini. Pagi ini kami mulai dengan aktivity menaiki sampan menyusuri sungai sambil melihat binatang.

Sampan yang dibuat dari sebatang pokok yang di tebok "pokok serbaguna Nepal"

Terdapat banyak buaya bebas di sepanjang sungai
         Kemudian kami singgah di tempat pemeliharaan gajah. Di pusat pemeliharaan gajah ini kami di benarkan memberi makan roti yang di beli sini kepada gajah. Kami juga di bawa melawat ke tempat membuat makanan untuk gajah.



Menyediakan makanan gajah.
          Kemudian kami meneruskan perjalanan menaiki sampan untuk melawat Kampung Tharu. Penduduk kampung Tharu menjalani hidup serba kekurangan tetapi masih mengekalkan tradisi. Penduduk Kampung Tharu adalah penduduk asal Taman Negara Chitwan.


Kampung Tharu







        Sepanjang perjalanan menaiki sampan pulang ke hotel, kami melihat penduduk kampung membasuh pakaian di sungai walaupun terdapat banyak buaya liar di sungai. Selesai makan tengahari, kami memenuhi jadual di Taman Negara Chitwan dengan menunggang gajah. Aktivity yang bermula pada pukul 2:00 petang itu bertujuan melihat binatang liar hidup bebas di taman negara.



        Terdapat banyak binatang liar di Chitwan National Park antaranya babi hutan, badak sumbu, rusa, buaya, burung merak dan lain-lain lagi.




             Disebelah petangnya kami hanya bersiar-siar di Taman Negara Chitwan sambil melihat matahari terbenam. Aktivity petang ini adalah santai. Di sebelah malamnya pula kami di bawa ke Kampung Tharu, ada persembahan hiburan yang dipersembahan oleh penduduk kampung seperti nyanyian, tarian, drama pendek, permainan api dan lain-lain lagi. Persembahan ini percuma tetapi digalakan memberi sumbangan seikhlas hati di akhir persembahan. Ia diadakan di kampung itu pada pukul 8:00 setiap malam.

Bergambar di kawasan hotel.

Pokok ganja yang banyak terdapat di Chitwan National Park.

Pokok serbaguna Nepal, antara budinya adalah batangnya dibuat sampan, buahnya boleh di makan, rantingnya di buat kayu api, kapasnya di buat bantal dan tilam dan lain-lain lagi.
Sunset di Taman Negara Chitwan
        Keesokan paginya sebelum bertolak pulang ke Kathmandu, Raju membawa kami melihat burung di Taman Negara Chitwan. Namun tidak banyak burung yang saya kenali kecuali burung merak yang banyak hinggap di dahan pokok. Setelah kembali ke hotel, kami mengemas barang dan kembali bertolak ke Kathmandu pada pukul 2:00 petang.

Raju Guide Chitwan Nnational Park yang pernah ditemuramah oleh National Geografi sebanyak 2 kali


Nota;
1- Pakage 3 hari 2 malam di Chitwan National Park adalah Usd 100 termasuk makan 3 kali sehari (vegi) pada tahun 2007.
2- Pakage rafting Usd 30 termasuk sekali makan pada tahun 2007.

Tiada ulasan: