Ahad, 17 Mei 2015

Gunung Tahan


     Gunung Tahan 2187 meter terletak di Taman Negara merupakan gunung tertinggi di Semenanjung Malaysia dan keenam tertinggi di Malaysia. Gunung ini terletak di sempadan dua negeri iaitu Pahang dan Kelantan dan boleh didaki dari Merapoh di Kelantan atau dari Kampung Kuala Tahan di Pahang. Jarak Gunung Tahan dari Kuala Juram Merapoh adalah 32 km, manakala jika dari Kampung Kuala Tahan ialah kurang lebih 53 km.

Lokasi Taman Negara Gunung Tahan
    Saya menyertai trip adik-adik University Teknologi Petronas pada May 2014 selama 8 hari dari Kampung Kuala Tahan ke Puncak Tahan dan kembali ke Kuala Tahan.

Trek Gunung Tahan
      Hari pertama kami bertolak dari Kampung Kuala Tahan di Taman Negara seawal jam 8:00 pagi. Kami menaiki bot menyeberangi sungai untuk melaporkan diri di Pejabat Taman Negara dan setelah menerima sedikit taklimat dari Penunjuk Arah, kami trekking secara santai ke Kem Melantai. Trek ke Kem Melantai agak mudah kerana treknya landai dan dalam perjalanan ke sana kami mengambil kesempatan mandi-manda di sungai.

Taman Negara 


       Kurang lebih 5 jam trekking kami sampai di Kem Melantai dan agak malang kerana terdapat terlalu banyak lebah. Walaupun telah diberitahu oleh Pegawai Taman Negara terdapat banyak lebah pada tahun ini, namun kami tidak sangka bilangan lebah yang terlalu banyak. Saya teringat semasa saya trekking ke Gua Kepayang yang juga terletak di Taman Negara pada tahun 2002, pada masa itu terdapat lebah dan guide yang membawa saya mengatakan jika saya ingin melihat lebah yang banyak datanglah pada 2004 kerana pokok Ketapang berbunga lebat sepuluh tahun sekali dan pada masa itu akan terdapat beribu-ribu lebah. Kini 2014 memang terdapat banyak lebah dan teori guide itu betul.

Lubuk Simpon


Kem Melantai
        Keesokkan paginya iaitu hari kedua, kami bertolak seawal jam 7:30 pagi kerana lebah sudah mula menyerang khemah. Kami bertolak ke Kem Putih untuk malam kedua. Trek juga agak mudah dan disebabkan terlalu banyak lebah, tidak banyak gambar dapat dirakam di sepanjang trek. Untuk mengelak dari diserang lebah di Kem Putih, kami banyak melengahkan masa di atas trek di hutan. Kami sampai di Kem Putih sekitar jam 6:00 petang.

Rehat dan lunch

Di Kem Putih juga terdapat banyak lebah
       Pagi hari ketiga trekking bermula seawal jam 7:30 pagi, dan target kami hari ini adalah Kem Teku. Trekking ke Kem Teku tidak sukar tetapi kami terpaksa menyeberangi sungai banyak kali. Keseronokkan bermain air sungai tidak dirasai kerana terdapat banyak lebah di sepanjang sungai.


Sempat bermandi-manda





     
     Kami sepatutnya bermalam di Kem Teku, tetapi disebabkan terlalu banyak lebah, kami mengambil keputusan untuk meneruskan trekking dan bermalam ke Kem Pangkin. Trek ke Kem Pangkin agak mencanak dan pacak, perjalanan yang jauh ini amat meletihkan peserta. Kami sampai ke Kem Pangkin kurang lebih pada pukul 9:00 malam. Di kem pangkin bilangan lebah memang kurang. Disebabkan kawasan khemah di Kem Pangkin agak terhad, empat orang peserta terpaksa bermalam di Puncak Pangkin.

Kem Pangkin
   
Trek ke Puncak Pangkin
       Hari keempat, paginya kami meneruskan perjalanan ke Kem Padang. Disebabkan semalam kami berjalan agak jauh, hari ke empat ini kami mula bergerak agak lambat iaitu sekitar jam 9:30 pagi. Trek agak semak dan ada seorang pesarta melecet teruk di kaki. Kami di kumpulan belakang bergerak agak perlahan kerana banyak berehat. Trekking hari keempat ini agak mencabar kerana jarak yang jauh dan trek yang pacak. Trek tangga lima belas juga agak curam.

Onway ke Kem Padang





Tangga lima belas




Pemandangan ke Kem Padang
      Kawasan khemah Kem Padang agak luas dan rata tetapi agak semak. Peserta yang sampai awal terpaksa menebas sebelum mendirikan khemah. Kami sampai di Kem Padang sekitar jam 8:30 malam.

Kapal terbang pernah terhempas di sini.
Punca air di Kem Padang

Kem Padang
     Kesokan paginya, iaitu hari kelima kami start trekking pada pukul 8:00 pagi menuju ke Kem Bukit Berapit. Perjalanan mengambil masa kurang lebih 2 jam dan melalui semak belukar.

Trek ke Kem Bukit Berapit.

Kem bukit berapit
     
     Di kem Bukit Berapit kami mendirikan khemah sementara untuk menyimpan barang kerana kami akan "daypack" ke puncak. Kem Bukit Berapit dikelilingi beberapa puncak kecil dan kami mengambil kesempatan meninjau pemandangan dari beberapa sudut di puncak-puncak ini memandangkan cuaca cerah.

Walaupon impian itu tinggi "make it happen"
     
Mereka melihat dunia yang sama tapi dengan cara berbeza
"Dunia itu cantik" 
       Setelah puas bergambar, kami meneruskan perjalanan ke puncak Gunung Tahan. Kami sampai di Puncak Tahan kurang lebih pada pukul 3:00 petang. Ketika kami sampai hujan turun mencurah tetapi tidak lama kemudian cuaca bertukar indah, sebagai hadiah kami sampai ke puncak. Terima kasih Allah.

View indah selepas hujan di Puncak Tahan.

Merakam kenangan di tempat tertinggi di Semenanjung Malaysia.

Kami kongsi kegembiraan, minat, masa, rezki dan alam indah bersama

Hanya dia dan alam.


       Disebabkan kami turun dari puncak agak lewat, kami sampai ke Kem Bukit Berapit lewat petang. oleh itu kami mengambil keputusan untuk bermalam di kem ini.

Trek turun ke kem Bukit Berapit
      Keesokan paginya iaitu hari keenam kami meneruskan perjalanan turun dari Kem Bukit Berapit. Kami start trekking kurang lebih pada pukul 8:30 pagi dan merancang singgah di Kem Gedong untuk lunch. Tujuan malam ini bermalam di kem yang sesuai dengan masa untuk mengelak diserang lebah.

Trek dari Kem Bukit Berapit ke Kem Gedong



Kami kongsi pemandangan indah itu bersama.


Lunch di Kem Gedong.
       Setelah berehat dan lunch di Kem Gedong, kami meneruskan perjalanan turun sehingga kami jumpa tempat yang sesuai untuk bermalam bagi mengelak dikerumuni lebah. Akhirnya kami bermalam di tengah trek di Kem Bukit Sarsi. Kami sampai di kem Bukit Sarsi kurang lebih pada jam 10:00 malam.


Perjalanan masih jauh.
     Pagi hari ketujuh kami bergerak turun dari Bukit Sarsi ke Kem Tengah. Kami sampai agak lewat di Kem Tengah kerana ramai peserta agak keletihan setelah seminggu trekking di dalam hutan. Kami sampai di Kem Tengah kurang lebih pada jam 10:00 malam.

Kem Tengah
        Hari ke lapan kami begerak agak awal untuk mengelak dari diserbu lebah. Kami sampai di Taman Negara agak awal sekitar  jam 4:00 petang dan sempat bermandi-mandian di sungai. Di sebelah malamnya kami lengkapi dengan jamuan makan secara BBQ. Terima kasih adik-adik UTP.


Nota:
Untuk mendaki Gunung Tahan, pendaki boleh menghubungi terus Taman Negara Kuala Tahan atau Taman Negara Marapoh.