Ahad, 13 Disember 2015

Gunung Kosciuszko




       Bertahun saya menyimpan hasrat untuk menjejakkan kaki ke gunung tertinggi di negara Australia ini. Keinginan saya tertunai apabila Apip mengajak saya menyertai kumpulannya yang bercadang ke gunung ini pada November 2015. Kami sampai di Sydney pukul 11:00 pagi dan setelah membeli kad telepon dan menyewa 2 buah van pandu sendiri, kami bertolak ke Thredbo Village. Dalam perjalanan ke Thredbo Village kami singgah di sebuah pasaraya Bankstown Central untuk membeli makanan dan keperluan peribadi. Bankstown central merupakan pasaraya yang kebanyakan pengunjungnya adalah orang Arab dan Asia dan di sini mudah mencari kedai makanan halal. Setelah membeli barang keperluan, kami meneruskan perjalanan ke Thredbo Village yang berjarak kurang lebih 470 kilometer dan mengambil masa kurang lebih 7 jam perjalanan darat.



       Kami sampai di Thredbo Village pada pukul 12:00 tengah malam dan bermalam di Lantern Apartment. Thredbo Village terletak di kaki Gunung Koscuiszko dan terdapat banyak kemudahan di kampung ini seperti apartment untuk di sewa, pejabat information dan berbagai lagi. Gunung Kosciuszko 2228 mdpl merupakan gunung tertinggi di Australia dan terletak di Koscuiszko National Park, New South Wales. Gunung ini juga terkenal untuk aktivity berbasikal dan sukan ski.


        Cara mudah dan popular untuk ke puncak gunung ini adalah dengan mengunakan perkhidmatan "chairlift" hingga ke pertengahan dan menyambung baki pendakian ke puncak kurang lebih 2 jam dengan berjalan di atas pelantar besi yang dibina untuk kemudahan pendaki. Selepas sarapan, kami bersedia untuk memulakan pendakian ke Gunung Kosciuszko. Kami mula bergerak ke Stesen "Chairlift" pada pukul 8:50 pagi.







      Setelah menaiki "chairlift" selama 20 minit, kami sampai di stesen atas dan cuaca tidak begitu baik kerana hujan. Hujan yang turun tanpa henti menyebabkan kami terpaksa menangguhkan activity mendaki. Sementara menunggu cuaca berubah, kami santai di cafe yang terdapat di stesen "chairlift".


     Setelah menunggu hampir 3 jam, hujan masih renyai. Apip mencadangkan kami meneruskan pendakian kerana bimbang jika hujan berterusan. Kami mula bergerak pada pukul 11:50 pagi. Pendakian agak santai kerana kemudahan pelantar besi yang dibina memudahkan pendaki. Walaupun pemandangan tidak begitu jelas, kami tetap merakam gambar kenangan di sepanjang pendakian.








       Setelah trekking selama 2 jam, kami sampai ke puncak Gunung Kosciuszko pada pukul 2:00 petang. Kami mengambil gambar kenangan namun pemandangan tidak begitu jelas kerana kabus. Pada pukul 3:00 petang Apip mengajak kami semua turun bimbang terlewat kerana "chairlift" terakhir beroperasi hingga pukul 4:30 petang. "Chairlift" di gunung ini beroperasi sepanjang tahun, perkhidmatan dan penyelegaraannya amat baik. Dalam perjalanan turun, pemandangan amat jelas kerana hujan telah berhenti.

Tandas awam tertinggi di Australia.


Tasik Cootapatamba







Pelantar besi yang dibina memudahkan pendaki.

        Kami sampai di Stesen "Chairlift" tepat pada pukul 4:30 petang. Apip yang mengetuai kumpulan ini bijak mengatur dan menganggar masa kerana jika kami terlewat, kami terpaksa menapak turun.

Stesen Chairlift




Perkampungan Thredbo.

       Akhirnya kami sampai di bawah pada pukul 5:00 petang. Setelah membersihkan diri dan berehat, kami meneruskan perjalanan ke Blue Mountain National Park.


Nota:
 1- Visa pelancong diperlukan untuk ke Australia.
 2- Terdapat pilihan untuk ke puncak gunung samada mendaki dari perkampungan Thredbo atau menggunakan perkhidmat "chairlift" hingga ke pertengahan gunung.
       


Khamis, 12 November 2015

Bangkok, Ayuthaya dan Pattaya.

   
      23 januari 2014 berita dan surat khabar mengatakan Bangkok diistiharkan darurat kerana penduduk Thailand mengadakan bantahan terhadap kerajaan yang memerintah. Trip santai kami ke Bangkok bermula dari 23 hingga 27 januari 2014 terpaksa dirombak. Jadual asal ke Bangkok terpaksa diubah dan kami berkunjung ke Ayuthaya dan Pattaya untuk mengisi hari yang sepatutnya kami berada di kota Bangkok.


        Kami berangkat ke Bangkok dengan menaiki keretapi dari Butterworth yang mengambil masa sekitar 23 jam. Keretapi 2 gerabak ini amat selesa dan menyediakan katil di waktu malam. Perkhimatan keretapi dari Butterworth ke Bangkok ini bertolak pada pukul 2:30 petang setiap hari. Di Padang Besar kami dikehendaki turun sebentar untuk pemeriksaan dan urusan cop pasport. Terdapat juga peniaga yang menjual minuman, makanan dan buah-buahan dalam keretapi di sepanjang perjalanan.

Di stesen keretapi Butterworth

Keadaan di dalam keretapi setelah di pasang katil.

Stesen keretapi Bangkok
         Kami sampai di Bangkok kurang lebih pukul 1.30 petang. Di Bangkok kami menyewa sebuah van untuk memudahkan kami bergerak. Kami bermalam di Bangkok Inter Place Hotel yang terletak di luar kota Bangkok untuk mengelak perhimpunan demokrasi yang sedang hangat melanda kota Bangkok dan untuk keselamatan. Kami memulakan jadual bercuti di Bangkok dengan menjamu selera di sebuah restoran halal dan kemudiannya ke Asiatique. Asiatique and Riverfront Night Market ini dibuka pada May 2012 dan terdapat lebih 1000 kedai yang menjual handicraft, sauvenir, pakaian, makanan dan minuman. 




       Saya cadangkan anda mencuba Champion kebab dan aiskrim di sini. Kebab dan aiskrim dari kedai Turkey ini halal dan popular di sini. Asiatique yang terletak di tepi sungai Chao Phraya ini boleh dikunjungi dengan menaiki bot untuk mengelakan kesesakkan trafic. Ia dibuka dari jam 5:00 petang hingga tengah malam setiap hari dan masuk adalah percuma. Makan malam kami pula di gerai makanan halal yang terletak di hadapan hotel.


       Keesokan paginya kami memulakan perjalanan ke Floating Market. Dalam perjalanan kami singgah sebentar di tapak pembuatan garam tradisional. Proses garam laut ini cuma berlaku 3 bulan sahaja dalam setahun iaitu dari Disember hingga February dan hanya berlaku bila air laut pasang.

Garam asli.


       Kami kemudiannya menaiki bot dari sebuah kampung dan menyusuri taliair untuk ke Floating Market. Ticket bot dikenakan 700 THB dari kampung ini berbanding 1000 THB seorang jika kita menaiki bot dari perhentian di Floating Market.






        Setelah puas menyaksikan berbagai jenis ragam dan jualan di Floating Market, kami melawat Wat Arun. Wat Arun terletak di seberang sungai Chao Phraya dan tambang ferry 4 Bath (40 sen) dikenakan untuk menyeberang. Ticket masuk ke Kuil Arun ni adalah 50 THB dan ia dibuka dari jam  8:00 pagi hingga 5:30 petang. Di pekarangan Wat Arun, pelancong berkesempatan memakai pakaian tradisional Thai.





        Setelah melawat Kuil Arun, kami ke Pasar Chatuchak dan dalam perjalanan ke sana, kami singgah sebentar di Jade Galary. Di sini kami cuma menjamu mata menyaksikan berbagai jenis batu permata yang dijual dengan harga yang logic. Terdapat lebih 8000 kedai di Chatuchak Weekend Market dan ia dibuka pada pukul 9:00 pagi hingga 6:00 petang setiap hari sabtu dan ahad. Pada hari jumaat pula ia dibuka dari 6:00 petang hingga 12:00 tengah malam. Pada hari rabu dan khamis pula dari  7:00 pagi hingga 6:00 petang untuk jualan tanaman. Pada hari sabtu dan ahad,berbagai barangan dijuai di sini dari pakaian hingga barang perhiasan seperti ceramic, kedai urut, tanaman, buah-buahan, makanan dan berbagai lagi. Jika ke sini anda harus pandai tawar menawar dan jangan lupa mencuba aiskrim kelapa yang terkenal di Chatuchak.

Ais krim kelapa di Chaktuchak
         Keesokan paginya kami ke Saraburi yang terletak 108 kilometer di utara Bangkok. Kami ke sini untuk menyaksikan ladang bunga matahari. Di Saraburi kami juga singgah di Farmchokchai dan Suwan Farm and Rockefeller Foundation yang juga menanam berbagai jenis bunga dan tanaman lain seperti gandum dan jagung.






        Kemudian kami ke Ayuthaya yang berjarak 65 kilometer dari Saraburi. Ayuthaya terkenal dengan wat dan kami melawat beberapa wat antaranya Wat Chaiwatthanaram yang popular, Wat Phra Si Sanphet dan Wat Mahathat. Kuil Chaiwatthanaram telah diisytihar oleh Unesco sebagai tapak warisan dunia pada tahun 1991. Setiap wat dikenakan bayaran 50 THB setiap orang.

Wat Chaiwatthanaram



       
Wat Phra Si Sabphet


       Setelah melawat wat di Ayuthaya kami pulang ke kota Bangkok yang berjarak 85 kilometer dan kami singgah cuci mata di shopping kompleks berdekatan hotel penginapan kami. Setelah makan malam di gerai hadapan hotel, kami ke pasar malam yang bersebelahan stadium berdekatan hotel kami. Pasar malam di stadium itu berlangsung setiap malam dari pukul 7:00 petang sehingga 1:00 pagi. Keesokan paginya kami ke Pattaya dan bermalam di sana. Pattaya bandar tepi laut terletak 150 kilometer Tenggara Bangkok mengambil masa sekitar 2 jam menaiki van. Tempat pertama kami singgah di Pattaya ialah Farm Pattaya Sheep. Ticket masuk ke farm ini 50 THB seorang.


       Kemudian kami ke chelet yang diusahakan oleh penduduk tempatan yang beragama islam. Setelah makan tengahari kami ke Nong Nooch Pattaya. Bayaran masuk ke Nong Nooch adalah 600 THB seorang. Disini kita boleh menyaksikan berbagai persembahan yang diadakan setiap hari pada pukul 2:30 petang.



Tomoi
      Kemudian kami menyaksikan persembahkan gajah dan di sini juga kita boleh menyusukan anak harimau. Bayaran menyusukan anak harimau ialah 100 THB. Bergambar bersama gajah juga di kenakan bayaran 100 THB.




      Selesai menyaksikan persembahan, kami bergambar di taman Nong Nooch yang luas ini. Taman Noog Nooch dihiasi dengan pokok bunga dan tanaman berbagai jenis.





       Malam di Pattaya kami menyusuri pantai dan pasar malam di bandar ini sebelum pulang ke chelet. Kami juga singgah di kedai Hard Rock Cafe untuk membeli cenderahati.



        Keesokkan paginya kami bertolak seawal 7:00 pagi dari Pattaya menuju ke Airport di Bangkok untuk pulang ke Malaysia.

Makan tengahari di chelet 

Chelet di Pattaya

Nota:
1-Rakyat Malaysia tidak memerlukan visa untuk ke Thailand.
2- Contact van: Samad +66894425114 / +66816993221.