Selasa, 2 Disember 2014

Gunung Hallasan Korea Selatan

     Gunung Hallasan 1950m merupakan gunung tertinggi di Korea Selatan dan terletak di tengah Pulau Jeju. Satu perkara yang bermain di fikiran saya, kenapa gunung tertinggi di Korea terletak di Pulau Jeju bukan dia tanah besar Korea Selatan. Diselenggara oleh Hallasan National Park (Unesco World Haritage) dan terdapat 5 laluan di sini iaitu Gwaneumsa trail, Eorimok trail, Seongpanak trail, Yeongsil trail dan Donnaeko trail. Namum cuma 2 trail sahaja yang membawa pendaki ke puncak Hallasan iaitu trail Siongpanak sejauh 9.6 km dan Gwaneumsa berjarak 8.7 km. Gunung ini boleh didaki sepanjang tahun namum jika mendaki di musim salji, anda mungkin perlu menggunakan "crampon". Saya bersama 3 orang teman pendaki ke gunung Hallasan pada September 2013. Kami memilih mendaki dari Gwaneumsa dan turun ke Siongpanak.

Pintu masuk Gwaneumsa
     Dari hostel penginapan, kami mengambil teksi ke Gwaneumsa. Pagi itu hujan lebat dan kami tersadai di pejabat Taman Negara Hallasan pintu Gwaneumsa, berbelah bagi sama ada ingin meneruskan pendakian atau membatalkannya kerana sudah agak lewat. Setelah menunggu selama kurang lebih 2 jam, hujan mulai berhenti dan kami mengambil keputusan untuk mendaki pada pukul 09:00 pagi.

Trek agak licin kerana hujan
     Di awal pendakian, trek agak mendatar dan tahap pendakian adalah sederhana kerana pihak taman negara menyediakan kemudahan pelantar kayu yang terjaga, jambatan untuk menyeberangi sungai dan tangga di sepanjang trek.



     Kerana memulakan pendakian agak lewat kerana hujan, maka kami sampai di pondok renjer Samgakbong pada pukul 12:15 petang dan masa "cutoff" sampai di pondok ini adalah 12:30 petang.

Pondok renjer samgakbong
      Selepas berehat selama 15 minit, kami dihalau oleh renjer untuk meneruskan pendakian ke puncak, jika terlambat dari masa ini kami akan dihalau turun mengikut trek kami mendaki.

Air gunung ini bersih untuk di minum

Trek jelas dan terjaga

Perhentian rehat dan rawat


        Akhirnya saya sampai di puncak Hallasan pada pukul 14:15 petang, 15 minit lewat dari masa "cutoff" di puncak. Di puncak tidak ada apa yang dapat dilihat kerana kabus tebal.

Puncak Hallasan, gunung tertinggi di Korea Selatan
 

      Setelah merakam beberapa keping gambar, kami dihalau turun oleh renjer kerana masa sudah lewat. Akhirnya saya sampai di pintu Seongpanak Taman Negara Hallasan pada pukul 18:50 petang dan matahari terbenam di sini pada pukul 18:30 petang. Tiada gambar yang dapat dirakam sepanjang perjalanan turun kerana kami bergegas dan hari semakin gelap. Kami terus pulang ke hostel di bandar Jeju dengan menaiki bas public.

Nota:
1- Gunung ini tidak memerlukan guide dan tiada bayaran di kenakan.
2- Gunung ini "daypack", jadi anda perlu membawa peralatan asas mendaki seperti headlamp, raincoat, tongkat dan makan ringan.

Cadangan:
Mula mendaki gunung ini seawal pagi kerana gunung ini "daypack" dan ada "cutoff time" untuk ke puncak (masa mendaki musim sejuk 06:00 pagi, musim bunga 05:30 pagi, musim panas 05:00 pagi), jadi anda boleh mula mendaki seawal 06:00 pagi.
     

Tiada ulasan: