Sabtu, 22 November 2014

Gunung Kilimanjaro

Kibo 5895 meter
Song of Kilimanjaro
jambo, jambo bwana, habargani, mzuri sana,
wageni, mwakaribishwa, kilimanjaro.
hakuna matata..

         Kilimanjaro merupakan gunung tertinggi di benua Africa, terletak di utara Tanzania dan bersempadan dengan Kenya. Ia terdiri dari 3 pasak bumi Kibo 5895 meter, Mawenzi 5149 meter dan Shira 3962 meter. Kibo dan Mawenzi merupakan gunung berapi yang tidur manakala Shira sudah tidak active lagi walaupun dahulu ia merupakan puncak tertinggi Kilimanjaro. Puncak tertinggi Kilimanjaro sekarang adalah di titik  Uhuru 5895 meter di Kibo. Puncak Kibo diselaputi salji sepanjang tahun namun tidak memerlukan kemahiran tecnikal untuk ke puncak ini. Berada di dalam lingkungan Taman Negara Kilimanjaro, pendaki boleh ke sini samada menaiki bas atau mengambil penerbangan dari Das Es Salaam ibu negara Tanzania ke Kilimanjaro International Airport. Bandar terdekat di Kilimanjaro adalah Moshi .
           Saya bersama 18 pendaki yang diketuai oleh Encik Deeno telah ke sini pada August 2014. Deeno telah berjaya menawan puncak tertinggi di benua Africa ini sebanyak 2 kali sebelum ini, dan menamakan xpdc ini sebagai xpcd "Merdeka di Kili". Kami memulakan perjalanan dari Nairobi, Kenya dengan menaiki bas. Perjalanan membelah kawasan gurun dan sekali sekala menyusuri bandar dan kampung kecil mengambil masa kurang lebih 8 jam. Kami bermalam di bandar Moshi.
          Malamnya kami di beri taklimat mengenai xpdc mendaki oleh ketua guide iaitu Enock dan dia telah memeriksa barang keperluan mendaki yang kami bawa seperti pakaian, sleeping bag, kasut dan jacket. "Mat" saya tidak sesuai di gunung ini, jadi dia mengesyorkan saya menyewa "mat" dari mereka.
           Hari pertama mendaki kami mulai dari Machame Gate 1634 meter ke Machame Camp 2834 meter untuk bermalam. Trek hari pertama ini agak santai dan cuacanya tidak jauh berbeza dari Malaysia. Selain dari Machame Gate, puncak ini juga boleh didaki dari 4 pintu lain iaitu dari Rongai, Londorosi, Lemosho dan Umbwe.

Trek ke Machame Camp.

Machame Camp 2834 meter
          Hari kedua kami trekking dari Machame Camp 2834 meter ke Shira Camp 3749 meter. Trek hari kedua sangat cantik pada pandangan saya. Kami melalui trek yang banyak pokok berbunga, permandangan gunung yang memukau mata, udara yang nyaman, cuaca yang baik dan kawan trekking yang mula bergaul mesra bersama guide dan porter.





Shira Camp 3749 meter
      Di Shira Camp ini saya sudah mulai pening (tanda AMS). Musuh utama mendaki di Kilimanjaro adalah AMS (Accute Mountain Sickness). Malam itu saya mulai minum banyak air dan berulang ke tandas untuk menyesuaikan diri dengan ketinggian. Hari ketiga, kami trekking dari Shira Camp 3749 meter ke Barranco Camp 3901 meter. Semasa trekking ke Barranco Camp kami melalui trek batu-batu besar.






Barranco Camp 3901m
       Hari keempat, kami mendaki dari Barranco Camp 3901 meter ke Barafu Camp 4600 meter. Hari ini kami mulai dengan mendaki Barranco Wall yang pacak dan kami mengambil masa yang lama untuk mendakinya. Memandangkan kedudukan kami yang tinggi dan kandungan oksigen yang semakin nipis, ramai di antara kami yang mulai di serang AMS dan bergerak semakin perlahan.

Barranco Wall



       Di pertengahan jalan kami singgah di Karanga Hut untuk makan tengahari. Kami sampai di Karanga Hut pada pukul 2:00 petang dan dari Karanga Hut ke Barafu Camp mengambil masa kurang lebih 4 jam trekking.



Puncak Kibo
 .
Karanga Hut 3980 meter.
        Sedang kami menjamu selera di Karanga Hut hujan turun agak lebat. Menurut kata Enock, hujan sepatutnya kurang semasa kami mendaki kerana sekarang musim panas. Selesai makan tengahari, walaupun hujan masih renyai, kami terus mendaki ke Barafu Camp 4600 meter.

Kami mula trekking di atas salji.

        Kami sampai ke Barafu Camp agak lewat petang itu dan ramai diantara kami yang kepenatan. Kami sepatutnya meneruskan perjalanan ke puncak pada pukul 1.00 pagi, tetapi terpaksa ditangguhkan kerana ada diantara pendaki yang lewat sampai ke Barafu Camp. Hari kelima kami bertolak pada pukul 5.00 pagi menuju puncak Kilimanjaro.



         Target pertama saya hari ini adalah untuk sampai ke Stella Point 5756 meter dan seterusnya ke puncak tertinggi kilimanjaro iaitu Uhuru Peak 5895 meter.

Salah satu titik tertinggi di puncak Kibo, Stella Point 5756 meter
       Dari stella Point ke Uhuru Peak mengambil masa kurang lebih 40 minit trekking dan jalurnya agak landai. Sepanjang berjalan di antara Stella Point ke Uhuru Peak, saya menyaksikan pemandangan glasier yang sangat cantik. Glasier di sini semakin kurang kata guide yang menemani saya dan semakin mencair kerana factor pemanasan global.





Glasiar
        Akhirnya saya sampai di Uhuru Peak pada pukul 3:15 petang 31 August 2014, puncak tertinggi Kilimanjaro di benua Africa, Alhamdulillah. Saya berehat di puncak ini sambil menunggu kumpulan terakhir.

Berada di tempat tertinggi di Benua Africa Uhuru peak 5895 meter
     Pukul 4:30 petang kami bergerak turun ke Barafu Camp, melalui jalur yang lain. Kami sempat melihat sunset yang indah semasa turun. Turun ke Barafu Camp melalui jalur ini agak sukar kerana pasir gunung berapinya yang mengelunsur. Untuk mempercepatkan pergerakan, guide memimpin tangan kami sambil menarik kami seperti "slide" di pasir. Turun di sini seolah-olah bermain ski pasir, seronok tapi menyeramkan.


Tengok gambar cantik, tapi tengok real lagi cantik.

Mengintai dari celah awan
     Kami sampai di Barafu Camp agak lewat dan ada di antara teman yang sampai awal telah tidur kerana keletihan. Hari keenam kami trekking turun dari Barafu Camp 4600 meter ke Mweka gate 1828 meter. Hari keenam ini merupakan hari terakhir kami trekking di gunung ini.




       Setelah trekking turun kurang lebih 2 jam, kami singgah di satu kawasan rehat untuk breakfast. Kami berehat di sini sekitar sejam setengah sambil menunggu teman yang trekking di belakang.



        Setelah sarapan dan berehat, kami meneruskan perjalanan turun ke Mweka Camp 3100 meter. Perjalanan ke Mweka Camp mengambil masa sekitar 2 jam 30 minit trekking.



Mweka Camp 3100 meter.
       Kami berehat di Mweka Camp dalam 30 minit. Tandas di sini agak bersih dan terjaga. Kemudian kami meneruskan perjalanan turun ke Mweka Gate 1828 meter dan perjalanan mengambil masa kurang lebih 2 jam 30 minit.



Bergambar bersama teman berkongsi minat.

  
      Akhirnya kami sampai di Mweka Gate sekitar jam 5:00 petang. Inilah antara gunung yang meninggalkan kesan di hati saya. Satu gunung yang menjadi impian dan cita-cita saya untuk ke puncaknya sekali seumur hidup. Ia seolah-olah "dream comes true". Terima kasih Allah yang mengkabulkan niat saya. Aaamin.

Nota:
1- Untuk ke Tanzania kita mesti mengambil suntikan yellow fever.
2- Buat persediaan latihan fizikal dan mental sebelum ke Kilimanjaro.
3- Pakaian dan peralatan mesti cukup dan sesuai.
4- Berdoa untuk ke sini, mulakan mendaki dengan Bismillah, zikir ketika trekking dan akhiri dengan Alhamdulillah.

9 ulasan:

swen suhana berkata...

Respek! Sgt awesome pengalaman ni.. Langsung termotivasi....

Jurimah Ariffin berkata...

Tq swen..cubalah ke sana satu hari nanti...anda x kan menyesal...hehehhe..sebenarnya blog kili saya telah di translate dlm bahasa english oleh org yg x dikenali...sekali gambar..heheheh

Tanpa Nama berkata...

jaz pun teringin kak ju......tapi bilakah? ..........anyway its a good blog. nice pixs. its tell everything.

Jurimah Ariffin berkata...

hahahaha..jaz memang patut p..

kz berkata...

assalam, saya dah lama teringin kesana.. baca blog ni bertambah membuak2 nak ke sana.. ada tak contect guide sana.. untuk saya berhubung dengan orang sana.. n brp budget kesana? harap dapat share kat saya.. diniyworld@gmail.com thanks..

Jurimah Ariffin berkata...

mualaikumsalam...terimakasih kerana membaca blog saya.. kz boleh add guide enock mwakaliga di facebook atau untuk infomasi boleh ke wed : www.tanxaniaparks.com . boleh juga hubungi chief park warden kilimanjaro national park, P.O.Box 96,marangu,moshi,tanzania. bugged di sana dianngarkan dlam rm3k.

zkhairul naeim berkata...

salam. saya nak ke mt kalimajaroni. nak tnya compare poonhill yang mana lebih mencabar. boleh email kan saya saya nak tahu detail zknaeim85@gmail.com

zuriad berkata...

Ju...bila nak repeat?? Aku nak ikut...lawa sangat

Jurimah Ariffin berkata...


kalau ada rezki...mesti repet...tapi dalam masa terdekat, mungkin tidak lagi sebab tiada bugged.